Thursday, July 1, 2010

Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Bidang Bioteknologi

1. Bioteknologi:
• Bidang teknologi yang penting untuk pembangunan masa depan Negara.
• Teknologi yang dibangunkan menerusi aktiviti penyelidikan dan pembangunan dengan menggunakan sumber biologi yang banyak terdapat di Negara ini.
• Dianggap sebagai teknologi teras yang boleh melonjakkan Malaysia menjadi Negara industri menjelang tahun 2020.
• Boleh dimanfaatkan dalam banyak sector, misalnya:
i. Penjagaan kesihatan
ii. Meningkatkan kualiti hasil pertanian
iii. Menambah pengeluaran makanan
iv. Mempelbagaikan pengeluaran makanan
v. Penambahbaikan perlindungan alam sekitar

2. Penggunaan bioteknologi atas pelbagai sumber alam member hasil yang lumayan kepada Negara.

3. Kreativiti dan invoasi dalam bioteknologi telah berjaya menghasilkan produk baharu yang dapat menjana ekonomi Negara.

4. Faktor yang membolehkan Malayasia menjadi pusat kecemerlangan bioteknologi ialah pengambilan langkah oleh kerajaan Malaysia bagi memajukan bidang bioteknologi.

5. Langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan Malaysia untuk memajukan bidang bioteknologi di Negara ini:
• Menubuhkan Lembah Bioteknologi Malaysia (Lembah Bio) yang terletak di negeri Selangor. Kedudukan Lembah Bio adalah dalam kawasan yang mempunyai pelbagai kemudahan canggih seperti Institut Bioteknologi di Universiti Industri Selangor (Unisel), Cyberjaya dan Koridor Raya Multimedia (MSC). Keadaan ini mampu menjadikannya pusat penyelidikan dan pembangunan bioteknologi bertaraf dunia.
• Melaksanakan program perkongsian bioteknologi iaitu mewujudkan kerjasama antara ahli akademik, industry dan kerajaan untuk membangunkan industry bioteknologi yang mapan dan melatih sumber manusia.
• Menjalin hubungan strategik dengan Biovalley Technologies dan Negara China dalam bidang penyelidikan dan pembangunan produk herba, ternakan ikan dan bioteknolgi. Negara China yang terkenal sebagai Negara pengeluar produk herba sudah tentu dapat membantu Negara dari segi penyelidikan dan keparkaran.

6. Lembah Bio Malaysia terletak dalam kawasan seluas 50km x 15 km termasuk KLIA, Cyberjaya, Putrajaya, Petaling Jaya dan Taman Teknologi Kuala Lumpur, Institut Penyelidikan ini akan mengkaji genom, biologi molekular, nutraseutikal dan farmaseutikal dan bioteknologi pertanian.

7. Penubuhan Lembah Bioteknologi Malaysia yang mempunyai pelbagai kemudahan bertaraf dunia berjaya menarik pelabur asing dan menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan bioteknologi.

8. Faedah penubuhan Lembah Bioteknologi Malaysia:
• Menjadikan Malaysia Negara industry
• Menambah dan mempelbagaikan produk biologi seperti herba dan ternakan
• Penggunaan sumber alam secara cekap dan berkesan
• Memantapkan penyelidikan dan pembangunan bioteknologi
• Membantu Industri Kecil dan Sederhana
• Menambah peluang pekerjaan.